CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 31, 2011

KERJA TETAP

Assalamualaikum..

Mari renungkan sejenak..

Firman ALLAH S.W.T..

"Wahai orang-orang yang beriman!Masuklah kamu ke dalam agama Islam dengan selengkapnya;dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan;sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata".[al-Baqarah 2:208]

Terang lagi bersuluh..ALLAH sudah menyatakan dalam surah diatas bahawa syaitan adalah musuh yang nyata..menghasut ke arah keburukan adalah kerja TETAP syaitan..tapi kenapa kita xsedar2 lg kan? jum kita tegok empat objektiF syaitan:

1) Menyesatkan manusia.
2) Mengkafirkan manusia.
3) Memusyrikkan manusia.
4) Menjadikan manusia penghuni neraka.

Andai kata jika kita hendak pergi berperang..apa yang kita lakukan ya?..mesti kita fokus terhadap musuh..1st,,mesti tahu siapa musuh kita dan kalau x tahu macam mana nak berperang kan?..then kita mesti nak sediakan tentera-tentara yang hebat bagi meguasai peperangan tersebut,,senjata yang digunakan mestilah dapat menumpaskan musuh tu..pendek kata kita akan berusaha sebaik mungkin melakukan segala persiapan untuk menang..

Then,,,,APA CERITA DENGAN MUSUH NYATA KITA TU?..SYAITAN yang durjana..

Sama-sama kita fikirkan,,mungkin dengan itu kita sedaya upaya untuk mendekatkan diri pada ALLAH..sesungguhnya ALLAH adalah pemilik sekian makhluk..


Wahai diri..hapuskanlah dengan segera hasutan dan godaan syaitan didalam hatimu dengan mengingati ALLAH..pasti perasaan buruk sangka bertukar menjadi baik sangka..:)

Thursday, December 29, 2011

ILHAM

Assalamualaikum....jumpa lagi..kerapnye update blog..hehe..sementara ade mase terluang ni..kali ni nak share tentang BUBUR CANDIL..

Sebenarnya,,minggu ni adalah minggu untuk study..rase mcm keserabutan melanda pulak..sebab ape?..sebab tak ikut time n plan study yg dah pun disusun..lepas tu...terfikir nak buat sesuatu..so trkeluarlah nak buat bubur ni..xpernah buat pun bubur ni tapi pernah la jgak tengok mak masak...ha,,ni panas dr periuk..hehe




Bahan-bahannya,,tpung pulut,gula melaka,sagu biji,santan..gula dan garam secukup rasa..tu jelah bahannya..sangat simple..nak baunye sedap letak daun pandan..hehe..

Thanks juga la untuk housemate sy eja n fairus yang teringin sangat makan bubur sebenarnya yg sama-sama menghasilkan bubur ni buat pertamakalinya..hehe

taraaaa~~~Alhamdulillah,,,ALLAH bg rezeki n kesedapan dalam bubur ni..:)

Tuesday, December 27, 2011

HIKMAH



ALHAMDULILLAH..masih diberi kesempatan untuk memijakkan kaki di bumi ALLAH ini..
diam tak diam dah nak habis pun semester 5 dan nak final exam dah pun kan..
semester 5, sangat sibuk dengan tugasan..memang sangat mencabar..tapi semuanya itu tidak merugikan malah buat bekalan untuk menjadi seorang pendidik insyaALLAH...

Planning week 14 nak balik rumah sebab dah rindu sangat dengan family ni..tapi, atas urusan yang belum dapat diselesaikan lagi terpaksa cancel plan utk balik kampung..

Walaubagaimanapun, ALLAH beri rezeki untuk berjumpa dengan keluarga baru..
selepas habis semua tugasan dan sebelum menjelang study week..di beri kesempatan oleh ALLAH untuk berbakti..ehem2,,macam besar lah sangat kan berbaktinya tu...hehe..23-25 Disember berpeluang join Baktisiswa Selangor yang dianjurkan oleh Yayasan Selangor..program ni bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan mahasiswa/siswi kepada masyarakat setempat..kalau boleh belajar bagaimana budaya mereka,,tidaklah orang kata duduk di dalam kampus tanpa bermasyarakat dengan orang yang lebih dewasa atau lebih kecil daripada kita..

tibanya kami di Kg Lubuk Pusing, Bagan Terap ni..memang wonderful ciptaan ALLAH..dengan sawah padinya, keindahan kampungnya..macam-macam..walaupun bearasal dr kg jugak tapi kg x lah setradisional kg lubuk pusing ni..

Banyak progaram yang telah dilaksanakan, progaram tersebut lagi mendekatkan dengan masyarakat kampung...memancing,sukaneka,forum dan yang akhir sekali memberi sumbangan kepada yang memerlukan..this program yang tersentuh sangat ni..meleh jugaklah mutiara dr mata ni..tp cover2 sebab xmau tuan rumah nampak..hehe

Apa yang buat hati tersentuh ek??
sedih bukan kerana keadaan keluarga tu, dan mereka tidaklah sangat daif..tetapi melihat dr sudut usaha keluarga tersebut untuk membina mahligai mereka hidup selesa..
Seorang ayah yang berusia 53 tahun yang berkeadaan tidak sihat dek kerana kakinya dimasukkan besi dan sebelahnya retak berusaha untuk memberi nafkah kepada keluarganya dengan mencuba nasib dengan memelihara ikan laga..



sempat lagi amik gamba ikan ni,,walaupun susah tapi suka tengok keadaan rumahnya..bersih sangat..layanan yang diberikan pun sangat mesra bagai tidak pernah dihimpit kesusahan dalam hidup mereka..kurniaan,ciptaan rezeki ALLAH semuanya sangat adil walaupun mereka tidak diberi rezeki dengan wang yang menimbun-nimbun tapi indah sungguh budi bahasa mereka, tenang melihat pngurusan keluarga mereka..
pasangan ini dikurniakan 4 orng cahaya mata,,bila sy melihat air muka mereka..terdetik di hati lantas terkeluar air mata.."suatu hari pasti ank2 ini akan merubah hidup keluarga mereka dengan izin ALLAH"...macam nak peluk erat2 dan cakap..'bantulah mak n ayah adik dan bahagiakan mereka'...tapi apa pun sy yakin mereka akan lakukan..ingat bila pakicik tu bercerita tentang dia tak benarkan anaknya bawa motosikal kerana jika disaman mereka tidak mampu membayarnya..

doa sy kepada keluarga pakcik..semoga pakcik berhasil dengan percubaan untuk memelihara ikan laga tersebut..untuk adik-adik berusahalah sebaik mungkin..jika niat kta benar..insyaALLAH..akan dipermudahkan segala urusan..tabahlah dengan segala ujian..sentiasa berbaik sangka..dunia ini hanya persiggahan..tiada yang akan kekal kecuali ALLAH..

Wednesday, October 19, 2011

Pemilik Hati...

Hati...agak-agak la kan siapa pemilik sebenar hati kita ni kn?
adakah ibu kita?..ayah?..kawan2?.. atau yang paling special masa darah muda ni kekasih hati??

mungkin benar itu semua tetapi pemilik hati-hati manusia yang sebenar adalah ALLAH S.W.T..mungkin sudah sehabis baik kita menjaga hati-hati manusia supaya tidak terguris dengan apa yang kita lakukan..

jauh di sudut hati kita mengharapkan mereka membalas kebaikan yang kita sudah lakukan iaitu untuk menjaga hati dan perasaan kita pula..padahal ia satu angan-angan sahaja..

jadi sebenarnya kita terlupa untuk mengadu kepada Maha Pemilik Hati yang sebenar bahawa getarkanlah hati-hati oarang di sekeliling kita supaya selesa berada dengan kita..cukuplah sekadar itu yang kita minta..kerana kita tidak berhak atas hati mereka..



sumber:google imej.



Walau remuk macamana pun hati kita berkecil hati dengan seseorang..biarkanlah..hanya berdoa dan terus berdoa..ALLAH sangat suka bila hambaNYA mengadu kepadaNYA..

ada tak kita fikir bahawa ALLAH menciptakan berjuta-juta manusia dengan kejadian yang berbeza-beza walau sebesar zarah sekalipun?

ini juga melibatkan sekeping hati yang berbeza-beza perasaanya..ada orang yang kental habis..ada orang jenis tak kisah sangat tak ambil port..dan ade juga orang yang hati touching habis..

semua ni ALLAH ciptakan ade hikmahnya..setiap hari kita kena berurusan dengan orang..berbagai-bagai ragam jugak la perangai yang kita lihat..tetapi redakanlah hati kita dengan konsep HABLUM MINALLAH & HABULUM MINANNAS..

walaubagaimanapun hubungan dengan ALLAH adalah satu priority dalam hidup manusia...jika baik hubungan kita denganNYA..maka insyaALLAH mudahlah urusan kita,tetapi jika musibah yang meninpa jangan sesekali give up..itu petanda ALLAH sayang kita dengan menguji keimanan kita..wallahualam..

YA ALLAH,,jadikanlah aku hambaMU yg bertakwa kepadaMU YA ALLAH,jadikanlah aku umat yang sentiasa mencintai kekasihMU YA ALLAH,jadikanlah aku anak yang solehah kepada kedua ibu dan ayahku dan jadikanlah aku seorang sahabat yang terbaik untuk rakan-rakanku wahai Tuhan pemilik hati sekalian manusia..amin ya rabbal alamin..

Tuesday, September 27, 2011

Ulat Buku Kah??

Assalamualaikum w.r.t..

Alhamdulillah syukur atas segala nikmat yang ALLAH berikan..
entry kali ini hanya nak share sesuatu yang dfikirkan sejenak ketika dalam perjalanan balik kerumah..hehe..ade je yang bermain-main kat fikiran ni...
minggu ni dekat area library ade Pesta Buku..so, banyakla buku-buku yang dijual oleh penerbit buku universiti yang ada dekat semenanjung ni..UKM,UM,UPM,USIM,UTM dan banyak lagi..1st impression bila tiba dekat pesta buku tu,wah..lengang...ok, mind kata agaknya aku ni pergi waktu senggang kot..mungkin yang lain ade kelas..so berjalan-jalan la tengok buku yang ada..pergi situ pun sebab nak cari buku TEACHING MATHEMATICS IN SECONDARY SCHOOLS, kalau tidak tengok-tengok je la..hehe.

Nak ceritanye dekat sini, dulu-dulu mase sekolah rendah(ce flashback) hehe..bila kata esok ada jualan buku, hari ni da tengok dah list buku, balik je rumah cakap dengan mak n ayah nak beli buku,gayanye macam nak beli semua buku..tambah-tanbah kalau ade promotion or dapat gift ke..lagi la memujuk mak..pujuk punye pujuk mak pun bagi je duit nak beli buku..esok datang sekolah punye la awal kn..sebab takut buku yang nak dibeli tu habis..bila time beli tu pula berebut-rebut, dengan gigihnya masing-masing berebut nak beli buku.........nak dibezakn dengan sekarang.......zaman dah nak habis remaja ni kan, susah betul nak berebut beli buku macam kecik-kecik tu ye?..alangkah bagusnya kalau macam dulu-dulu..hehe..mesti koleksi buku dah menimbun-nimbun dekat almari..hehe
so, pengajarannye..rajin-rajinlah beli buku,lebih-lebih lagi nak jadi pendidik..ilmu nak kena advance..xkira la bidang ape pun..hehe..

p/s : ditujukan untuk diri sendiri..hehe :)

Monday, April 18, 2011

Lafaz Sakinah

Assalamualaikum..
Setiap gadis mengimpikan yang terbaik di akhir zaman gadisnya..dengan harapan untuk menjadi isteri yang solehah kepada sang suami insyaALLAH..tetapi ada satu peristiwa yang akan dilaluinya sebelum menjadi seorang isteri..peristiwa ini mungkin menjadi sangat gembira,sayu,hiba iaitu saat di ijabkabulkan...si ibu & ayah adalah insan yang paling gembira kerana anak gadisnya telah bertemu dengan insan yang boleh menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang..insyaALLAH..tiba-tiba tertarik dengan lagu lafaz sakinah ni (^_^)..jum dengar..pesanan ayah kepada suami anak gadisnya..:)



Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda


Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya


Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Saturday, April 9, 2011

Anugerah Solehah Yang Tinggi

"Hati kami baik walaupun kami tak tutup aurat." Adakah hati itu baik dan sihat jika melanggar perintah Allah swt?

Apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? Setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya?

Sabda Rasulullah Saw: Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Harta Paling Berharga

Bagi orang yang berpuasa, mereka akan memasuk syurga melalui pintu puasa yakni pintu Ar-Rayyan, begitu juga yang syahid, dermawan dan sebagainya. Tetapi bagi wanita solehah, mereka ada peluang untuk memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang mereka sukai. Sungguh tinggi darjatnya disisi Allah swt. Abaikanlah andai darjat anda disisi manusia diperosok ke dasar yang paling bawah kerana sifat solehah anda. Utamakan apa sahaja di sisi Allah Swt.

1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

5. Gigi
-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani)
-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan
-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata
-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)
-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan
-"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31).
-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian
-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


-"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).

12. Rambut
-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).



credit to:http://www.iluvislam.com/design/e-kad/2067-anugerah-solehah-yang-tinggi.html

DI MANA DIA DIHATI KITA..:))

Semasa Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur, dalam perjalanan hendak berhijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka.

Ketika Saidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w. menenangkannya dengan berkata, "Jangan takut, ALLAH bersama kita."

Itulah kehebatan Rasulullah, ALLAH sentiasa di hatinya.

Ketika di ambang maut?

Sewaktu Da'thur, seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah s.a.w. lalu meletakkan pedang di leher baginda dan bertanya, "Siapakah akan menyelamatkan kamu daripadaku?"

Jawab Rasulullah penuh yakin, "ALLAH."

Mendengar jawapan itu, gementarlah Da'thur dan terlepaslah pedang daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah... sentiasa ada DIA di hati baginda.

Ketika tiada siapa mengetahui?

Diceritakan juga bahawa pada suatu ketika Khalifah Umar Al-Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di sebuah padang pasir. "Boleh kau jualkan kepadaku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?"

"Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja."

"Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini. Jika kau jualkan seekor kepadaku dan kau katakan kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuanmu tidak akan mengetahuinya," desak Saidina Umar lagi, sengaja menguji.

"Kalau begitu, di mana ALLAH?" ujar budak itu.

Saidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati anak kecil itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya, dia punya kedudukan yang tinggi di sisiALLAH. Jelas ada DIA di hatinya.

Ketika kamu tiada jawatan?

Satu ketika yang lain, Saidina Khalid Al-Walid diturunkan pangkatnya daripada seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh Khalifah Umar. Keesokannya, Saidina Khalid tetap ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas sedikit pun perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat.

Ketika ditanya mengapa, Saidina Khalid menjawab, "Aku berjuang bukan kerana Umar." Ya, Saidina Khalid berjuang kerana ALLAH. Ada DIA di hatinya.

Lalu, di mana Dia dihati kita?

Melihat anekdot-anekdot itu, aku terkesima lalu bertanya kepada diri, di manakah DIA dalam hatiku?

Apakah ALLAH sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk serta membujuk hatiku yang rawan?

ALLAH ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta ALLAH bersemi. Jika cinta ALLAH yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya, cinta selain-NYA yang ada di situ, maka cinta ALLAH akan terpinggir. Ketika itu, tiada DIA di hatiku!

Sering diri ini berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidupku, kata mereka (dan aku amat yakin dengan kata itu);

"Bila ALLAH ada di hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki."

Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah ALLAH menjadi tumpuan dalam hidupku?

Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-NYA?

Bila bertembung antara kehendak-NYA dengan kehendakku, kehendak siapa yang aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerana-NYA? Tegakah aku membenci juga kerana-NYA?

Muhasabah ini melebar lagi. Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam-MU?

Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?

Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai-MU, ya ALLAH.

Dan aku juga tidak dapat mendustai diri sendiri

Aku teringat bagaimana suatu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, "Apakah engkau takutkan ALLAH?"

Dia menangis dan menjawab, "Aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikapku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan ALLAH bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat ALLAH tapi aku tidak..."

Maksudnya, jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan ALLAH pun sukar bila ditanyakan apakah ada DIA di hatinya, lebih-lebih lagilah aku yang hina dan berdosa ini.

Di hatiku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta ALLAH dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.

Kalau kau tanyakan aku, "Adakah DIA di hatimu?"

Aku hanya mampu menjawab, "Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hatiku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-NYA tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-NYA."

Justeru, kerana belum ada DIA di hatiku, hidupku belum bahagia, belum tenang, dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari. Aku yakin ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA.

Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Dan akhirnya... aku yakin... suatu saat nanti, akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua.

Dan kita akan terus mengemis kasih...


Artikel oleh:Ustaz Pahrol Mohd Juoi(iluvislam)

Friday, April 8, 2011

~ KEINDAHAN MATEMATIK~

Assalamualaikum..1st of all mari kita sama2 memanjatkan kesyukuran kapada ALLAH S.W.T..kerana diberi pelbagai nikmat kepada kita..Alhamdulillah..sebenarnya,setiap penciptaan Yang Maha Esa ini ada pelbagai hikmah..cuma kadangkala kita tidak mengetahuinya..malah kadangkala tidak bersyukur atas kurniaan-NYA...harap-harap selepas ini kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur tidak kira walau apapun yang berlaku..insyaALLAH...

Hari ini kita tengok sedikit tentang keajaiban disebalik nombor-nombor yang ALLAH berikan kepada kita..memangla ianya nampak 'simple' tetapi ianya begitu indah jika kita renungkan..Matematik,,adalah satu kaedah yang boleh menyelesaikan masalah dalam kehidupan..tetapi bagi sesiapa yang pernah mempelajarinya ia menjadi satu permasalahan pula dalam kehidupan,sukar untuk skor dalam peperiksaan,,malah diri ini yang bakal menjadi guru matematik ini (InsyaALLAH) perlu kreatif untuk mengajar anak didik kelak..hmm,,moga ALLAH beri kekuatan insyaALLAH..

Mari kta lihat nombor dibawah,betapa agungnya ciptaan-Mu Ya ALLAH..


1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321


1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111


9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101%Dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ
Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:
KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:
Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta
SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;
A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

Nah,indahkan??MasyaALLAH...
Saya tertarik dengan artikel ini ianya dari Pengukir Kata...:))

Thursday, April 7, 2011

ANUGERAH MUSIBAH...

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (156) Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya. (157) (Surah Al Baqarah 2: 155-157 )

Daripada Musibah, Menjadi Anugerah Andai Positif!

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.


Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Dengan Musibah yang Allah berikan, bersangka baiklah, dan berpositiflah:

1. Dengan musibah, manusia umumnya akan berdoa. Berdoa itu PAHALA.

2. Dengan musibah, manusia umumnya akan merasa rendah diri, insaf dan bertaubat. Ia juga PAHALA.

3. Dengan musibah, manusia memperbaiki diri lalu meninggalkan kejahatan dan melaksanakan kebaikan. Ia PAHALA.

4. Dengan musibah, manusia belajar dari kesilapan. Ia menjadi ILMU dan GURU paling BERMAKNA.

5. Dengan musibah, manusia akan bersabar berdasarkan iman. Bersabar mendatangkan PAHALA

6. Dengan musibah, manusia akan mengingati pencipta, yakni Allah. Ia PAHALA.

7. Dengan musibah, manusia mengingati kematian. Ia Pelembut Hati.

credit to:http://www.iluvislam.com/design/e-kad/2053-anugerah-musibah.html

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...syukur kerana diberi lagi nikmat kehidupan setelah genap 21 tahun menjadi hamba-Mu..hati menjadi keluh kesah apabila pelbagai tragedi yang berlaku disekeliling diri ini..betapa kerdilnya diri ku ini wahai Tuhan..kejadian gempa bertalu-talu sehingga mnyebabkan banyak kerosakan..kejadian sebegitu rupa berpunca daripada makhluk yang bernama manusia,tambahan diri ini yang selalu leka dengan hal duniawi..paras keimanan sentiasa menaik dan menurun,,beristiqamah dalam melakukan ibadah sukar untuk dilakukan..bagaimanakah diri ini jika maut mengunjung tiba?..walaupun sudah tahu bahawa ianya datang tidak kurang dan lebih sesaat sekalipun...Astaghfirullah...

Masa kecilku telah diberitahu tentang tanda-tanda kiamat,,salah satunya masa berjalan dengan pantas..waktu itu berfikir sejenak.."oh,x ape..nanti kalo kita sedar waktu berjalan dengan pantas cepat-cepatlah kita berubah"..tetapi alangkah sedihnya sekarang walaupun sudah merasai waktu itu berjalan dengan pantas, diri ini masih lagi leka..solat kekadang dilewatkan,amalan-amalan sunat jarang dilakukan..hiburan menguasai diri..

Ya ALLAH..moga diri ini kuat melawan nafsu yang selalu membayangi diri.Wahai tuhan,
aku tak layak masuk syurgamu namun tak pula aku sanggup ke nerakamu,ampunkan dosa dan terimalah taubatku,sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar.Dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai,dengan rahmatmu ampunkan daku Oh tuhanku.Wahai tuhan,
selamatkan kami ini dari segala kejahatan dan kecelakaan.Kami takut kami harap kepadamu,suburkanlah cinta kami kepadamu,kamilah hamba yang berharap belas darimu.