CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, October 6, 2012

My tears just only for ALLAH...not anyone..

ALLAH, ALLAH, ALLAHUAKBAR...
Sesungguhnya,,air mataku ini sangat berharga,,tapi selalu salah digunakan..
Lepas ni,,saya kena KUAT dan SABAR..
Saya kena fikir ALLAH..jangan fikir sesiapa..
Sebab ALLAH tidak pernah hampakan saya,,
Just think and do for ALLAH..bukan sesiapa..

Di kala hati rasa sedih mengenangkan sesuatu...sahabat ajak berjalan..happy, happy jugak..tapi..hati..hmm..
yang mampu hanyalah tersenyum..
but, yang paling best pegi satu tempat dekat seremban dua ni..namanya city park.destinasi yang paling akhir....sampai-sampai..tengok ada org jual roti...ala2 roti yang celup kat air kopi tu..huhu..
pelik jugak kenapa ramai yang beli..turun je dari kereta baru la dapat tahu orang beli roti tu sebab nak bagi ikan makan..

Allhamdulillah..this is terapi minda dan hati yang paling hebat selepas sedih... :) Thank You ALLAH..keindahan ciptaan-Mu tiada tandingan..

Tasiknya sangat besar dan ikan pun sihat-sihat belaka...Thanks ALLAH kerana sentiasa memberi nikmat untuk terus tersenyum..:)

Saturday, August 11, 2012

Belajar +++ Berhikmah :)

Assalamualaikum..salam ramadhan..

Mabuk...mabuk...
Hihi..sudah mabuk dengan novel-novel yang ditulis oleh pasangan suami isteri ni.. Dr Farhan Hadi & Ustazah Fatimah Syarha..
Novel-novel beliau ni xsama dengan novel lain..di sebalik rentetan cerita juga diselitkan beberapa info tentang agama.. memeng berjiwa dai'e mereka ni....moga ALLAH mengilhamkan mereka dengan mengeluarkan lebih banyak novel yang membina akidah, iman ini..
Betul dulu-dulu cikgu cakap kalau nak ingat dan suka belajar sejarah jadikan ia sebagai satu jalan cerita..sama jugakkan dengan novel-novel mereka ni..dalam berdakwah berdasarkan Al-Quran dan Hadis, mereka wujudkan satu suasana yang sangat2 manis dan memberi ingatan..

antara yang telah dimiliki dan akan jidadikan koleksi...

                                        Denyut kasih medik..watak seorang Dr yang boleh dicontohi..:)

sebarkan cinta-MU...sape2 yang nak tahu pasal poligami,,dalam ni ade banyak info tentang poligami..

so..cik akak sekalian..sesuai sangat baca untuk pengetahuan kita tau..:)

Tautan hati...

Baru je beli..xhabis baca lg..hehe..di awal pembacaan..tersenyum sorang2..hihi



belum dimiliki dan sedang mencari-cari...


yang lain2 tu..tunggu turn la ye..hehe..

Tuesday, July 10, 2012

Hati Guru

Guru..
Menjadi seorang guru sangat menuntut kesabaran, kadangkala tiada yang boleh menghilangkan perasaan tidak puas hati dek ditimbus dengan bebanan yang begitu besar melainkan dengan mengingati-NYA..ALLAH..Engkaulah yang Maha Mengetahui segala-galanya..kekuatan,kesabaran semuanya datang daripada ALLAH..diri hanya doa dan terus berdoa supaya niat yang luhur, tulus dan ikhlas kerana ALLAH terus tersemat dalam hati..

 maka...
tiada tanda kata "tidak boleh", "malas", "tak pandai" dan sebagainya untuk meneruskan perjuangan ini..walau apapun dugaan dan mehnah yang mendatang, diri perlu kuat dan sentiasa berbalik pada niat yang asal..wahai diri..kuatlah..yakin ALLAH sentiasa bersama kamu.. moga.. aku menjadi seorang guru yang sentiasa meletakkan ALLAH sebagai yang teratas dalam semua keadaan..amin..

 pujuklah wahai hatimu..

  Pahala bagi orang-orang yang bersabar menurut Ali r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: 
 "Sabar itu ada tiga: 
 1. Sabar terhadap musibah, yakni sabar dan tidak merasa marah terhadap musibah yang menimpanya sebaliknya dia menerima dengan baik musibah itu. Maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya yakni mentakdirnya atau menyuruh menulis di Luh Mahfuz 300 darjat, yakni darjat yang tertinggi di Syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dan bumi.
 2. Barang siapa yang bersabar dalam taat yakni mengerjakan taat dan menanggung kesukaran taat itu maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana satu darjat itu seperti permukaan bumi yang atas hingga ke penghabisan bumi yang terakhir. 
 3. Barang siapa bersabar dari maksiat, yakni meninggalkan kerja-kerja maksiat maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 900 darjat yang mana setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti permukaan bumi hingga ke Arasy. Dan dia adalah makhluk darjatnya dua kali ganda. Sabar menjauhi segala yang diharamkan itu martabatnya paling tinggi yang paling tinggi."


 Dalam al-Quran yang suci Allah telah berfirman yang bermaksud: Katakanlah:"Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesunnguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Az-Zumar ayat 53)


 Kita sebagai hamba-Nya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kekhilafan, jadi bertaubatlah kepada Allah Yang Maha Mendengar taubat. Semoga sinar hidayah menerangi kehidupan kita dan menjadi hala tuju kita untuk ke Syurga Allah yang kita idam-idamkan, Insya-Allah. 


 Ya Allah, Ku menadah kedua belah tanganku untuk memohon kepada-Mu, Ya Rabb! Aku mohon Ya Allah supaya engkau memelihara hati-hati kami dan seluruh jasad kami daripada melakukan maksiat kepada-Mu Ya Allah, Kami adalah hamba-Mu yang kerdil lagi hina ya Allah, Kami bertaubat kepada-Mu dengan apa yang telah kami lakukan kepada-Mu selama ini Ya Allah, Dosa-dosa yang menggunung tinggi Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Pengampun, Ampunilah dosa-dosa kami, Kami mohon Ya Allah supaya Engkau pelihara kami daripada hasutan Syaitan yang direjam, Terimalah taubat kami ini Ya Allah.( ILUVISLAM)